Sunday, January 11, 2009

Saman Tali Pinggang Belakang "Double-Standard"??


(kiri bawah) Kereta impian: Hummer (kanan atas) Kereta yang aku yang aku mampu Kia Sportage (penyumbang utama keuntungan petrol Petronas), ha ha ha sapa suruh beli kan???

Tindakan kerajaan mewajibkan pemakaian talipinggang belakang memang aku sangat sokong. Walaupun buat permulaan agak janggal, namun sebagai pemandu dan juga bapa kepada 4 orang anak (3 orang yang sedang nakal-nakal dan seorang yang sedang belajar nakal-nakal), peraturan ini akan menjamin keselamatan penumpang di belakang. Perjalanan jarak jauh dari Penag ke Bachok melalui Lebuhraya Timur Barat amat mencabar pemanduan.




Baru-baru ini aku terpaksa melalui perjalanan waktu malam. Musim hujan banyak tanah runtuh dan jalan berlubang. Maka, sudah pasti jika anak-anak kita "terikat" di tempat duduk ia akan lebih terjamin keselamatannya sekiranya aku membrek secra tiba-tiba.




Melalui akhbar kini dah lebih 1500 pemandu dikenakan saman kerana tidak memakai talipinggang belakang. Memang wajarlah disaman kerana peraturan ini telah dimaklumkan lebih awal.




Tapi yang aku sangat tak puas hati apabila Menteri Pengangkutan kata peraturan ini hanya dikuatkuasakan kepada rakyat Malaysia manakala kenderaan negara luar (Singapura, Thailand atau Brunei) dikecualikan.




Ini dasar jenis apa ya???? Lazimnya undang-undang diperkenalkan untk melindungi rakyat sendiri. Tapi dalam hal ini dunia dah terbalik.




Kalau ada "double-standard" dalam penguatkuasaan undang-undang, maka ia sepatutnya jangan dilaksanakan. Undang-undang perlu dilaksanakan tanpa memilih bulu dan berpaksi kepada keadilan serta kebenaran.




Kalau macam ni, aku harap sangat Menteri Pengangkutan semak semula pelaksanaannya. Lebih baik kerajaan fokus kepada beberapa perkara penting lain yang turut menjadi faktor utama kejadian kemalangan.




Aku perhatikan sekarang kerja-kerja "maintenance" jalan dibuat secra "cincai". Tak tahulah samada nak jimatkan kos atau kontraktor yang dipilih memang tak tahu nak buat kerja. Yang sedihnya Lebuhraya PLUS yang kita bayar tol tu pun masih berbonggol dan lekuk sana-sini selepas dibaiki. Apatah lagi jalan bandaran dan jalan negeri. Jalan kampung tak usah cakaplah.... ada yang baru diturap 2-3 minggu dah nampak batu dan pasir.




Apapun, aku harap pemandu Malaysia ubah sikap. Aku mengaku memang suka pandu laju. Sebab tu aku main g0-kart. Tapi taklah pandu laju sampai bahayakan diri dan orang lain.




Balik raya puasa lepas dalam perjalanan dari Batu Pahat ke Kelantan, ada sebuah Avanza baru dipandu oleh seorang Pak Haji (berkopiah). Masa tu di jalan Segamat - Muazzam Shah. Biasalah, musim raya jalan tu "sure" sesak. Di kala semua orang tersiksa tak boleh pandu laju, tetiba Pak Haji ni asyik nak sondol dan "cucuk" kereta aku dari belakang. Lepastu dia pecut kat "double line". Nasib baik aku bagi ruang kat dia. Kalau tak sure dia accident "head-on" dengan kereta dari arah depan.




Ngeri aku bila fikir balik. Nyaris-nyaris ada sekeluarga 6 orang tak sampai Terengganu (Avanza tu plat T...). Itu pangkat Pak Haji.... naik Avanza.... belum lagi mamat yang naik kereta kancil "bikin" tapi letak cop Mitsubishi... konon naik Evo la tu.... "Hello bro!!! slow sikit la... Kancil tu tak sampai pun 900 kg, kalau bro tekan minyak sampai cecah 130 kat jalan kampung tu.... alamat dekat sangat la dengan JPA3, atau PBSM, atau Ambulan, atau Bomba atau Landrover hitam PDRM tu...




Untuk semua pemandu termasuk diri sendiri..... Hati-hati Di Jalan Raya. Jangan hanya beringat masa pandu kat jalan besar je... ada kawan aku tu, keluar dari simpang Kompleks Masyarakat Penyayang kat Jalan Padang Polo tu pun boleh langgar tembok. Best je tayar kereta baru dia pecah.




Kesian ...3085. Sorry... apa pun tahniah ManU menang 3-0 kat Chelsea. Isk!!! jual je Drogba tu....

No comments:

Post a Comment