Tuesday, January 6, 2009

Dadah musuh No. 1 Malaysia

129 penagih guna metadon tunjuk pemulihan

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Seramai 129 penagih yang menyertai program terapi gantian menggunakan dadah sintetik metadon menunjukkan proses pemulihan yang memberangsangkan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, program itu telah dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sejak 26 November 2007.

''AADK telah menjalankan projek perintis menggunakan terapi gantian ini di tiga pusat khidmatnya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru," katanya menjawab soalan Senator Sharifah Azizah Syed Zain pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Menurut beliau, kos bagi membiayai program berkenaan dianggarkan sebanyak RM444,000 setahun.

''Ia membabitkan pembelian metadon, perkhidmatan pakar, bayaran pegawai perkhidmatan dan peralatan.

''Ini turut melibatkan program psikologi pendidikan oleh ahli farmasi atau pegawai perubatan bagi membebaskan penagih daripada gejala dadah sepenuhnya," jelasnya.
Kalau ikut logik, memang patutlah negara kita Malaysia ni jadi sarang dadah. Sebabnya negara kita ni memang dikelilingi oleh negara yang mewah dengan dadah. Lokasi pengeluaran dadah terbesar dunia dahulunya di Kawasan Segitiga Emas iaitu di sempadan Laos, Kampuchea dan Thailand.
Kalau diikutkan kita patut rasa syukur kerana gejala dadah masih ditolak oleh sebahagian besar rakyat sehingga kini ia dipanggil NAJIS DADAH.
Hebatnya penangan dadah sehingga kini ia diisytihar sebagai MUSUH NOMBOR 1 NEGARA.
Maknanya DADAH kini telah mengambil alih tempat KOMUNIS sebagai ancaman negara. Dulu masa zaman Komunis, negara mempertingkatkan usaha memerangi Komunis sehingga akar umbi. Ia melibatkan perancangan keselamatan, ketenteraan dan pembangunan fizikal seperti mewujudkan kampung-kampung baru. Sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan Komunis adalah musuh negara.
Jadi pada zaman dadah sebagai musuh negara ini, kita perlu usaha meluas semua pihak. Bukan sekadar berharap kepada Polis atau AADK sahaja. Saya paling bimbang dengan kekebalan pertahanan sempadan negara kita. Kalaulah "manusia" boleh bolos dengan begitu ramai yang membentuk pendatang haram, maka tidak mustahil dadah dan senjata api akan turut mudah bolos.
Apa perlu kita keluarkan duit untuk bina tembok tinggi-tinggi macam di sempadan Israel - Gazza tu. Memanglah harganya mahal. Tapi kalau dibanding dengan kos penjagaan pusat Serenti, kos rawatan seperti metadon macam artikel di bawah ini..... lebih baik kita bina tembok tinggi-tinggi....
Tapi susah jugak... penyeludup zaman moden kini sangat canggih. Banyak gadget boleh direka untuk menyeludup. Tambahan pula..... demi wang ringgit dan kemewahan.... seorang gadis jelita mampu bertukar menjadi penyeludup yang paling licik....
Lagi-lagi zaman ekonomi merudum ni.... bimbang sangat kalau ada antara kita yang gelap mata.....

No comments:

Post a Comment