Monday, January 5, 2009

Kenaikan Tambang Bas Sekolah: Hilangnya Nilai Obligasi Sosial Pengusaha Bas

Desakan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas Sekolah untuk mengenakan surcaj keapada penumpang bas sekolah mulai tahun ini adalah amat tidak patut. Di kala kerajaan telah menurunkan harga runcit petrol, adalah amat menghairankan pengusaha bas sekolah masih mendakwa mereka terpaksa menanggung kos tambahan yang tinggi. Padahal mereka juga telah menikmati faedah rebat petrol yang diperkenalkan oleh kerajaan. (Sila lihat petikan tulisan Awang Selamat di Utusan Melaysia di bawah).
Saya cadangkan agar mana-mana pengusaha yang berdegil dilaporkan kepada LPKP dan masukkan ke dalam senarai hitam. Jangan sambung permit mereka dan berikan kepada pengusaha lain yang lebih layak serta beretika.
Petikan dari Awang Selamat, Utusan Malaysia:
Apa yang pasti, kerajaan berusaha keras untuk memastikan semua golongan rakyat dibantu dalam keadaan yang boleh dianggap sukar melanda seluruh pelusuk dunia sekarang.
Kita, selaku pemilik kereta, pikap dan motosikal mungkin sudahpun menikmati rebat tunai petrol daripada kerajaan yang matlamatnya sama iaitu mengurangkan beban rakyat.
Baru-baru ini juga, para pengusaha bas sekolah diberikan kuota subsidi minyak yang lebih banyak, juga bagi membantu mengurangkan kos operasi mereka, sekali gus memastikan kadar tambang bas sekolah dikekalkan.
Kerajaan juga tidak lupa kepada para nelayan kita. Mereka yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan akan menikmati bantuan sara hidup RM200 sebulan, selain insentif 10 sen setiap kilogram hasil tangkapan.
Awang – Tidak akan lupa.

1 comment:

  1. Marilah MBNPP jalankan tanggungjawab sebagai NGO di Negeri Pulau Pinang... sama2 membenteras dan penduduk lebih prihatin terhadap isu semasa.

    ReplyDelete