Sunday, January 11, 2009

Saman Tali Pinggang Belakang "Double-Standard"??


(kiri bawah) Kereta impian: Hummer (kanan atas) Kereta yang aku yang aku mampu Kia Sportage (penyumbang utama keuntungan petrol Petronas), ha ha ha sapa suruh beli kan???

Tindakan kerajaan mewajibkan pemakaian talipinggang belakang memang aku sangat sokong. Walaupun buat permulaan agak janggal, namun sebagai pemandu dan juga bapa kepada 4 orang anak (3 orang yang sedang nakal-nakal dan seorang yang sedang belajar nakal-nakal), peraturan ini akan menjamin keselamatan penumpang di belakang. Perjalanan jarak jauh dari Penag ke Bachok melalui Lebuhraya Timur Barat amat mencabar pemanduan.




Baru-baru ini aku terpaksa melalui perjalanan waktu malam. Musim hujan banyak tanah runtuh dan jalan berlubang. Maka, sudah pasti jika anak-anak kita "terikat" di tempat duduk ia akan lebih terjamin keselamatannya sekiranya aku membrek secra tiba-tiba.




Melalui akhbar kini dah lebih 1500 pemandu dikenakan saman kerana tidak memakai talipinggang belakang. Memang wajarlah disaman kerana peraturan ini telah dimaklumkan lebih awal.




Tapi yang aku sangat tak puas hati apabila Menteri Pengangkutan kata peraturan ini hanya dikuatkuasakan kepada rakyat Malaysia manakala kenderaan negara luar (Singapura, Thailand atau Brunei) dikecualikan.




Ini dasar jenis apa ya???? Lazimnya undang-undang diperkenalkan untk melindungi rakyat sendiri. Tapi dalam hal ini dunia dah terbalik.




Kalau ada "double-standard" dalam penguatkuasaan undang-undang, maka ia sepatutnya jangan dilaksanakan. Undang-undang perlu dilaksanakan tanpa memilih bulu dan berpaksi kepada keadilan serta kebenaran.




Kalau macam ni, aku harap sangat Menteri Pengangkutan semak semula pelaksanaannya. Lebih baik kerajaan fokus kepada beberapa perkara penting lain yang turut menjadi faktor utama kejadian kemalangan.




Aku perhatikan sekarang kerja-kerja "maintenance" jalan dibuat secra "cincai". Tak tahulah samada nak jimatkan kos atau kontraktor yang dipilih memang tak tahu nak buat kerja. Yang sedihnya Lebuhraya PLUS yang kita bayar tol tu pun masih berbonggol dan lekuk sana-sini selepas dibaiki. Apatah lagi jalan bandaran dan jalan negeri. Jalan kampung tak usah cakaplah.... ada yang baru diturap 2-3 minggu dah nampak batu dan pasir.




Apapun, aku harap pemandu Malaysia ubah sikap. Aku mengaku memang suka pandu laju. Sebab tu aku main g0-kart. Tapi taklah pandu laju sampai bahayakan diri dan orang lain.




Balik raya puasa lepas dalam perjalanan dari Batu Pahat ke Kelantan, ada sebuah Avanza baru dipandu oleh seorang Pak Haji (berkopiah). Masa tu di jalan Segamat - Muazzam Shah. Biasalah, musim raya jalan tu "sure" sesak. Di kala semua orang tersiksa tak boleh pandu laju, tetiba Pak Haji ni asyik nak sondol dan "cucuk" kereta aku dari belakang. Lepastu dia pecut kat "double line". Nasib baik aku bagi ruang kat dia. Kalau tak sure dia accident "head-on" dengan kereta dari arah depan.




Ngeri aku bila fikir balik. Nyaris-nyaris ada sekeluarga 6 orang tak sampai Terengganu (Avanza tu plat T...). Itu pangkat Pak Haji.... naik Avanza.... belum lagi mamat yang naik kereta kancil "bikin" tapi letak cop Mitsubishi... konon naik Evo la tu.... "Hello bro!!! slow sikit la... Kancil tu tak sampai pun 900 kg, kalau bro tekan minyak sampai cecah 130 kat jalan kampung tu.... alamat dekat sangat la dengan JPA3, atau PBSM, atau Ambulan, atau Bomba atau Landrover hitam PDRM tu...




Untuk semua pemandu termasuk diri sendiri..... Hati-hati Di Jalan Raya. Jangan hanya beringat masa pandu kat jalan besar je... ada kawan aku tu, keluar dari simpang Kompleks Masyarakat Penyayang kat Jalan Padang Polo tu pun boleh langgar tembok. Best je tayar kereta baru dia pecah.




Kesian ...3085. Sorry... apa pun tahniah ManU menang 3-0 kat Chelsea. Isk!!! jual je Drogba tu....

Wednesday, January 7, 2009

Maklumat Tambahan Kempen Boikot Produk AS






...petikan dari ulwani.tripod.com


Boikot Barang dan Produk Amerika dan Israel

Tindak kebiadaban Imperialis Israel di bumi Palestina telah mendapatkan berbagai respons dari kalangan umat Islam, termasuk ulama-ulama Islam. Tokoh-tokoh Islam, seperti Syaikh Dr. Muhammad Sayyid Thanthawi, Syaikhul Azhar, yang selama ini terkesan lentur dalam setiap pernyataannya, kini lebih tegas lagi akan kemestian memerangi musuh-musuh Islam, "Apabila kamu tidak mampu memerangi mereka (musuh-musuh Islam, Israel dan Amerika Serikat) dengan senjata, maka minimal lawanlah dengan memboikot barang-barang dan produk-produk mereka."


Banyak tokoh Islam dunia yang mendukung kemestian pemboikotan barang-barang dan produk-produk Israel dan Amerika, bahkan mengeluarkan fatwa untuk merespon tindak kejahatan yang mereka lakukan di bumi Palestina. Mereka adalah Dr. Yusuf Qardhawi, Dr. Abdul Satar Fathullah Said (Dosen Syariah Universitas Al Azhar), Dr. Naser Farid Wasil (mantan Mufti Mesir), Dr. Muhammad Imarah (Pemikir Muslim Dunia), Dr. Abdul Hamid Ghazali (pakar ekonomi dan politik Islam) dan lain-lain. Berikut ini fatwa yang ditanda tangani tidak kurang dari 70 ulama Sudan dan negara-negara Islam lainnya, seputar wajibnya memboikot barang-barang dan produk-produk Imperialis Israel dan Amerika Serikat.

Tuesday, January 6, 2009

MBNPP akan sertai Perhimpunan Aman Protes Israel


MAJLIS BELIA PULAU PINANG (MBNPP) AKAN MENYERTAI PERHIMPUNAN MEMPROTES SERANGAN ISRAEL BERSAMA PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG (CAP) PADA HARI JUMAAT, 9 JANUARI 2009 JAM 2.00 PETANG [SELEPAS SOLAT JUMAAT] DI MASJID KAPITAN KELING, GEORGETOWN, PULAU PINANG.


Saya menyeru semua orang yang cintakan kedamaian serta keamanan meluangkan sedikit masa tanda sokongan dan simpati kita kepada rakyat Palestin yang ditindas secara kejam.


MBNPP juga menyokong usaha kerajaan Malaysia untuk mendesak PBB agar mengadakan sidang khas berkaitan serangan ini.


Seterusnya MBNPP juga meminta agar kerajaan Malaysia menghubungi Kerajaan Mesir supaya sempadan Mesir - Palestin di Genting Rafah dibuka demi keselamatan rakyat Palestin. Sekiranya kerajaan Mesir enggan berbuat demikian, maka Malaysia perlu menghentikan sebarang usahasama di antara kedua-dua negara. Di antaranya Malaysia perlu menghentikan penghantaran pelajar dan juga tidak lagi menjadikan Mesir sebagai destinasi pelancongan rakyat Malaysia.
SAYA INGIN TEGASKAN BAHAWA PERHIMPUNAN INI TIADA KAITAN DENGAN ISU AGAMA, TETAPI IA ADALAH BERKAITAN ISU KEMANUSIAAN DAN KEDAMAIAN SEJAGAT.


Petikan dari Akhbar The Star, 7 Januari 2009.....

Penang protest against Israeli attacks on Friday


By MANJIT KAUR


GEORGE TOWN: Penang-based Citizens International will hold a demonstration on Friday at Jalan Masjid Kapitan Keling to protest the Israeli attacks on Palestine.


Its chairman S.M. Mohamed Idris said the protest would be carried out after Friday prayers at about 2pm, and that they expected people from all religions and races to participate.


He said the brutal massacre of the Palestinians by the Israeli military was a humanitarian issue which transcends religion.


“We also urge the people and the Government to boycott American-made goods and services.
“Each ringgit used to buy the American goods eventually becomes bullets to be fired at the hearts of the people in Palestine,’’ he told a press conference at the office of the Consumer Association of Penang here on Wednesday.


Mohamed Idris also urged the Egyptian government to immediately open the Rafah Crossing (between Egypt and Gaza Strip) to enable food, medicine and humanitarian aid workers to enter the Gaza Strip and provide relief to the victims.


He said due to the closure of the crossing, urgently needed food and medicine were being held up.


Mohamed Idris also applauded the initiative taken by the Malaysian Government to request for an emergency special session of the United Nations General Assembly to discuss and take action on Israel’s attack on Gaza.


“We therefore urge the Government to take immediate and urgent action to get the majority of the members’ to consent to ... the session,” he added.

Jangan Jadikan Sekolah Tadika Mangsa Peperangan Politik

Apa dah jadi dengan masyarakat kita sekarang? Saya tak mahu komen tentang perubahan tampuk pemerintahan di beberapa negeri daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) kepada kerajaan Pakatan Rakyat (PKR). Itu adalah proses demokrasi yang harus dihormati. Namun yang paling saya tidak setuju ialah tindakan pihak kerajaan negeri Perak yang menutup premis yang telah menempatkan kelas TADIKA tersebut.


Saya akui bahawa jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) adalah sebuah agensi kerajaan Persekutuan. Maka sudah pasti kebanyakan guru-guru KEMAS turut terlibat aktif dalam kempen-kempen menyokong kerajaan Pemerintah khususnya dalam musim kempen pilihanraya. Tetapi ia tidak boleh dijadikan sebab untuk menidakkan hak anak-anak kecil yang baru hendak mengenal huruf serta nombor.

Saya amat yakin 100 peratus bahawa tiada satu pun kelas TADIKA KEMAS yang mengajar anak-anak kecil ini menjadi penyokong UMNO dan membenci parti pembangkang. Ini cukup saya pasti kerana saya dahulu membesar bersama kakak ipar yang turut menjadi guru tadika KEMAS. Dia tidak pernah berkempen sewaktu sesi kelas bersama anak-anak kecil itu.

Sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Koperasi Tadika Minden, USM, saya amat maklum dengan kos pembelajaran di sekolah tadika swasta pada masa ini. Kos yang perlu dibayar oleh ibubapa bagi satu sesi bermula jam 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari adalah sekitar RM190 sebulan/seorang.

Sedangkan kos yang dikenakan di tadika KEMAS cuma RM10/sebulan (kalau tidak silap saya). Maknanya..... 11 000 kanak-kanak di Perak itu adalah anak-anak penduduk miskin yang dibiayai oleh kerajaan Persekutuan tetapi kini jadi mangsa politik dendam dan singkat fikiran.

Saya harap pihak kerajaan negeri Perak cari isu lain yang lebih sesuai untuk buktikan mereka relevan untuk rakyat.


Petikan dari Utusan Malaysia, 5 Januari 2009

Kerajaan Perak diminta nyatakan pendirian

IPOH 5 Jan. - Kerajaan pakatan pembangkang di negeri ini diminta memberikan penjelasan berhubung tindakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengunci dan mengarahkan semua dewan yang dijadikan tabika Kemas di negeri ini dikosongkan mulai hari ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, kerajaan negeri perlu menyatakan pendiriannya berhubung tindakan itu kerana JKKK dan pegawai daerah mendakwa mendapat arahan daripada kerajaan negeri tetapi dinafikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.

''Takkan semua JKKK dan pegawai daerah di seluruh negeri bertindak sendiri. Biasanya selepas dapat arahan baru bertindak dan sekarang apabila sudah bertindak, Menteri Besar kata ini bukan arahan saya tetapi arahan pegawai daerah.

''Jadi, kita hendak dengar apa sebenarnya keputusan kerajaan negeri. Kenapa pegawai daerah kata lain, JKKK cakap lain dan Menteri Besar pun kata lain," katanya selepas melawat tabika Kemas di Kampung Seri Ampang A di sini hari ini.

Tindakan kerajaan negeri Perak itu bakal menjejaskan pembelajaran prasekolah kira-kira 11,000 kanak-kanak yang sedang belajar di 700 tabika Kemas di seluruh negeri ini.

Menurut Muhammad, kerajaan negeri sepatutnya mengenepikan perbezaan fahaman politik demi kepentingan ilmu pengetahuan kepada kanak-kanak.

Katanya, sama seperti sekolah, hospital dan balai polis, tabika Kemas juga dibina untuk semua rakyat tanpa mengira sama ada mereka anak kepada ahli DAP, Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR).

''Betullah dewan ini di bawah kerajaan negeri tetapi fikirlah tentang kepentingan anak-anak ini. Kalau tutup juga terpaksa kita buka tabika di premis lain tetapi ini akan menyusahkan ibu bapa dan anak-anak.

''Apa yang berlaku ini seolah-olah tabika Kemas sahaja nak kacau dan ambil tindakan sedangkan tanah yang orang teroka beribu ekar itu nampak tidak diambil tindakan," ujarnya.

Mengulas mengenai lawatannya hari ini, beliau melahirkan rasa terkejutnya selepas melihat sendiri surat mengosongkan dewan yang dikeluarkan oleh JKKK Kampung Seri Ampang A.

''Pagi tadi, dia (orang JKKK) datang buka balik kunci pintu dan kata nak berdamai tetapi kita ada tengok surat buat keputusan hendak tutup tabika Kemas.

''Saya fikir ini satu perbuatan tidak bertanggungjawab kepada anak-anak kecil, apalah salah mereka hendak disuruh keluar," katanya.

Kata Muhammad, sekiranya kerajaan negeri sememangnya tidak membenarkan dewan orang ramai digunakan oleh tabika Kemas, pihaknya akan mencari premis lain di kawasan berhampiran bagi memastikan proses pembelajaran anak-anak ini tidak terjejas.

Beliau memberitahu, pihaknya juga sedang memantau perkembangan tabika Kemas di Selangor dan Kedah.

''Di Selangor, mereka hendak pegang kunci pendua manakala Kedah membenarkan dewan digunakan untuk tabika Kemas," katanya.

Memori Beras Panjang, Ikan Bilis Putih dan Sayur Kangkung




Sampai bila-bila pun.... 3 perkara ini akan mengusik hati kecilku. Pada aku... suatu masa dulu beras panjang AAA dan ikan bilis adalah makanan paling mewah.... yang biasa aku jumpa cuma beras hancur dan bilis hitam.
Jadi..... sampai sekarang pun, kalau aku nak beli beras mesti yang paling panjang. Kalau ada 10 X A pun aku beli. Ikan bilis pulak... kalau aku ke Pangkor atau Pantai Merdeka... rasa macam nak borong semua. ha ha ha ha ....
Sayur kangkung pulak.... kalau nak tahu... inilah tumbuhan yang menyambung hidup aku masa di Sekolah Menengah Dato' Seth, Yong Peng, Batu Pahat, Johor. Masa tu aku tinggal di rumah guru besar yang usang (Guru Besar pun tak minat nak duduk rumah tu). Hampir 4 bulan kami (8 orang) tinggal di situ untuk persediaan SPM. Jauh rumah aku dengan sekolah tu lebih 9 Km. Sayur kangkung tu pelajar Sains Pertanian tingkatan 3 yang tanam. Gurunya Cikgu Ghani Jahuri. Tiap petang jam 2 aku bawak pisau lipat, lepas tu aku potong daun kangkung berselang baris. So... tak ada sesiapa yang perasan agaknya.
Kangkung tu aku letak kat atas nasi yang aku masak dalam periuk guna dapur minyak tanah. So... bila dah lembut aku makan dengan sambal belacan.
itulah erti survival kan...



Dadah musuh No. 1 Malaysia

129 penagih guna metadon tunjuk pemulihan

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Seramai 129 penagih yang menyertai program terapi gantian menggunakan dadah sintetik metadon menunjukkan proses pemulihan yang memberangsangkan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh berkata, program itu telah dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) sejak 26 November 2007.

''AADK telah menjalankan projek perintis menggunakan terapi gantian ini di tiga pusat khidmatnya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru," katanya menjawab soalan Senator Sharifah Azizah Syed Zain pada persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Menurut beliau, kos bagi membiayai program berkenaan dianggarkan sebanyak RM444,000 setahun.

''Ia membabitkan pembelian metadon, perkhidmatan pakar, bayaran pegawai perkhidmatan dan peralatan.

''Ini turut melibatkan program psikologi pendidikan oleh ahli farmasi atau pegawai perubatan bagi membebaskan penagih daripada gejala dadah sepenuhnya," jelasnya.
Kalau ikut logik, memang patutlah negara kita Malaysia ni jadi sarang dadah. Sebabnya negara kita ni memang dikelilingi oleh negara yang mewah dengan dadah. Lokasi pengeluaran dadah terbesar dunia dahulunya di Kawasan Segitiga Emas iaitu di sempadan Laos, Kampuchea dan Thailand.
Kalau diikutkan kita patut rasa syukur kerana gejala dadah masih ditolak oleh sebahagian besar rakyat sehingga kini ia dipanggil NAJIS DADAH.
Hebatnya penangan dadah sehingga kini ia diisytihar sebagai MUSUH NOMBOR 1 NEGARA.
Maknanya DADAH kini telah mengambil alih tempat KOMUNIS sebagai ancaman negara. Dulu masa zaman Komunis, negara mempertingkatkan usaha memerangi Komunis sehingga akar umbi. Ia melibatkan perancangan keselamatan, ketenteraan dan pembangunan fizikal seperti mewujudkan kampung-kampung baru. Sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan Komunis adalah musuh negara.
Jadi pada zaman dadah sebagai musuh negara ini, kita perlu usaha meluas semua pihak. Bukan sekadar berharap kepada Polis atau AADK sahaja. Saya paling bimbang dengan kekebalan pertahanan sempadan negara kita. Kalaulah "manusia" boleh bolos dengan begitu ramai yang membentuk pendatang haram, maka tidak mustahil dadah dan senjata api akan turut mudah bolos.
Apa perlu kita keluarkan duit untuk bina tembok tinggi-tinggi macam di sempadan Israel - Gazza tu. Memanglah harganya mahal. Tapi kalau dibanding dengan kos penjagaan pusat Serenti, kos rawatan seperti metadon macam artikel di bawah ini..... lebih baik kita bina tembok tinggi-tinggi....
Tapi susah jugak... penyeludup zaman moden kini sangat canggih. Banyak gadget boleh direka untuk menyeludup. Tambahan pula..... demi wang ringgit dan kemewahan.... seorang gadis jelita mampu bertukar menjadi penyeludup yang paling licik....
Lagi-lagi zaman ekonomi merudum ni.... bimbang sangat kalau ada antara kita yang gelap mata.....
..... The Prophet said, " Whoever does not give up forged speech and evil actions, Allah is not in need of his leaving his food and drink (i.e. Allah will not accept his fasting.)"

al-Hadith
al-Bukhari

Monday, January 5, 2009

Kenaikan Tambang Bas Sekolah: Hilangnya Nilai Obligasi Sosial Pengusaha Bas

Desakan Persatuan Pengusaha-Pengusaha Bas Sekolah untuk mengenakan surcaj keapada penumpang bas sekolah mulai tahun ini adalah amat tidak patut. Di kala kerajaan telah menurunkan harga runcit petrol, adalah amat menghairankan pengusaha bas sekolah masih mendakwa mereka terpaksa menanggung kos tambahan yang tinggi. Padahal mereka juga telah menikmati faedah rebat petrol yang diperkenalkan oleh kerajaan. (Sila lihat petikan tulisan Awang Selamat di Utusan Melaysia di bawah).
Saya cadangkan agar mana-mana pengusaha yang berdegil dilaporkan kepada LPKP dan masukkan ke dalam senarai hitam. Jangan sambung permit mereka dan berikan kepada pengusaha lain yang lebih layak serta beretika.
Petikan dari Awang Selamat, Utusan Malaysia:
Apa yang pasti, kerajaan berusaha keras untuk memastikan semua golongan rakyat dibantu dalam keadaan yang boleh dianggap sukar melanda seluruh pelusuk dunia sekarang.
Kita, selaku pemilik kereta, pikap dan motosikal mungkin sudahpun menikmati rebat tunai petrol daripada kerajaan yang matlamatnya sama iaitu mengurangkan beban rakyat.
Baru-baru ini juga, para pengusaha bas sekolah diberikan kuota subsidi minyak yang lebih banyak, juga bagi membantu mengurangkan kos operasi mereka, sekali gus memastikan kadar tambang bas sekolah dikekalkan.
Kerajaan juga tidak lupa kepada para nelayan kita. Mereka yang berdaftar dengan Jabatan Perikanan akan menikmati bantuan sara hidup RM200 sebulan, selain insentif 10 sen setiap kilogram hasil tangkapan.
Awang – Tidak akan lupa.

Sunday, January 4, 2009

MAKNA KEAMANAN TAJAAN ISRAEL DAN AMERIKA



'You will be martyrs': These were the words spoken by the surviving sister as her five siblings, Jawaher, four, Dina, eight, Samar, 12, Ikram, 15 and Tahrir, 17, lay dying beneath the rubble of their home;

The five Palestinian sisters were fast asleep when a night-time Israeli airstrike hit the next-door mosque in Gaza. One of the walls collapsed on to their small asbestos-roofed home and they were all killed in their beds. The eldest sister, Tahrir, was 17 years old, the youngest, Jawaher, just four.

Source: http://www.independ ent.co.uk/ news/world/ middle-east/ five-sisters- killed-in- gaza-while- they-slept- 1216224.html


Saudara-saudara sekalian,

Saya seru semua orang tanpa mengira agama, pegangan ideologi dan bangsa..... atas nama nilai kemanusiaan dan kecintaan terhadap keamanan; marilah kita doakan agar rakyat Palestine terpelihara dan keganasan ini dihentikan.

Keangkuhan Israel adalah kerana mendapat sokongan penuh Amerika. Israel medapat bantuan ketenteraan melebihi 2 Bilion USD setahun.

Berhenti membeli barangan buatan Amerika. Benua Asia adalah pasaran utama Amerika. Setiap sen yang anda bayar untuk Coca-cola, jam tangan Guess dan rokok Peter-Stuyvesant bermakna anda menyumbang bagi setiap butir peluru bagi kematian kanak-kanak Palestine ini.