

Tindak kebiadaban Imperialis Israel di bumi Palestina telah mendapatkan berbagai respons dari kalangan umat Islam, termasuk ulama-ulama Islam. Tokoh-tokoh Islam, seperti Syaikh Dr. Muhammad Sayyid Thanthawi, Syaikhul Azhar, yang selama ini terkesan lentur dalam setiap pernyataannya, kini lebih tegas lagi akan kemestian memerangi musuh-musuh Islam, "Apabila kamu tidak mampu memerangi mereka (musuh-musuh Islam, Israel dan Amerika Serikat) dengan senjata, maka minimal lawanlah dengan memboikot barang-barang dan produk-produk mereka."
Banyak tokoh Islam dunia yang mendukung kemestian pemboikotan barang-barang dan produk-produk Israel dan Amerika, bahkan mengeluarkan fatwa untuk merespon tindak kejahatan yang mereka lakukan di bumi Palestina. Mereka adalah Dr. Yusuf Qardhawi, Dr. Abdul Satar Fathullah Said (Dosen Syariah Universitas Al Azhar), Dr. Naser Farid Wasil (mantan Mufti Mesir), Dr. Muhammad Imarah (Pemikir Muslim Dunia), Dr. Abdul Hamid Ghazali (pakar ekonomi dan politik Islam) dan lain-lain. Berikut ini fatwa yang ditanda tangani tidak kurang dari 70 ulama Sudan dan negara-negara Islam lainnya, seputar wajibnya memboikot barang-barang dan produk-produk Imperialis Israel dan Amerika Serikat.
IPOH 5 Jan. - Kerajaan pakatan pembangkang di negeri ini diminta memberikan penjelasan berhubung tindakan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) mengunci dan mengarahkan semua dewan yang dijadikan tabika Kemas di negeri ini dikosongkan mulai hari ini.
Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, kerajaan negeri perlu menyatakan pendiriannya berhubung tindakan itu kerana JKKK dan pegawai daerah mendakwa mendapat arahan daripada kerajaan negeri tetapi dinafikan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin.
''Takkan semua JKKK dan pegawai daerah di seluruh negeri bertindak sendiri. Biasanya selepas dapat arahan baru bertindak dan sekarang apabila sudah bertindak, Menteri Besar kata ini bukan arahan saya tetapi arahan pegawai daerah.
''Jadi, kita hendak dengar apa sebenarnya keputusan kerajaan negeri. Kenapa pegawai daerah kata lain, JKKK cakap lain dan Menteri Besar pun kata lain," katanya selepas melawat tabika Kemas di Kampung Seri Ampang A di sini hari ini.
Tindakan kerajaan negeri Perak itu bakal menjejaskan pembelajaran prasekolah kira-kira 11,000 kanak-kanak yang sedang belajar di 700 tabika Kemas di seluruh negeri ini.
Menurut Muhammad, kerajaan negeri sepatutnya mengenepikan perbezaan fahaman politik demi kepentingan ilmu pengetahuan kepada kanak-kanak.
Katanya, sama seperti sekolah, hospital dan balai polis, tabika Kemas juga dibina untuk semua rakyat tanpa mengira sama ada mereka anak kepada ahli DAP, Pas atau Parti Keadilan Rakyat (PKR).
''Betullah dewan ini di bawah kerajaan negeri tetapi fikirlah tentang kepentingan anak-anak ini. Kalau tutup juga terpaksa kita buka tabika di premis lain tetapi ini akan menyusahkan ibu bapa dan anak-anak.
''Apa yang berlaku ini seolah-olah tabika Kemas sahaja nak kacau dan ambil tindakan sedangkan tanah yang orang teroka beribu ekar itu nampak tidak diambil tindakan," ujarnya.
Mengulas mengenai lawatannya hari ini, beliau melahirkan rasa terkejutnya selepas melihat sendiri surat mengosongkan dewan yang dikeluarkan oleh JKKK Kampung Seri Ampang A.
''Pagi tadi, dia (orang JKKK) datang buka balik kunci pintu dan kata nak berdamai tetapi kita ada tengok surat buat keputusan hendak tutup tabika Kemas.
''Saya fikir ini satu perbuatan tidak bertanggungjawab kepada anak-anak kecil, apalah salah mereka hendak disuruh keluar," katanya.
Kata Muhammad, sekiranya kerajaan negeri sememangnya tidak membenarkan dewan orang ramai digunakan oleh tabika Kemas, pihaknya akan mencari premis lain di kawasan berhampiran bagi memastikan proses pembelajaran anak-anak ini tidak terjejas.
Beliau memberitahu, pihaknya juga sedang memantau perkembangan tabika Kemas di Selangor dan Kedah.
''Di Selangor, mereka hendak pegang kunci pendua manakala Kedah membenarkan dewan digunakan untuk tabika Kemas," katanya.